Sekretariat 1 Malaysia Chapter Sabah merupakan cabang daripada Sekretariat 1 Malaysia UUM. Sekretariat 1 Malaysia merupakan sebuah organisasi yang menjadi medium interaksi serta penyatuan bagi seluruh mahasiswa UUM. Kelab ini terbahagi kepada beberapa cabang/kumpulan yang dikhususkan untuk setiap negeri di Malaysia.
Sekretariat 1 Malaysia Chapter Sabah merupakan salah satu daripada cabang tersebut. Kelab ini menjadi medium utama bagi menyatukan anak-anak Sabah yang melanjutkan pelajaran di UUM. Dahulunya, kelab ini dikenali sebagai Adhoc Mahasiswa Sabah UUM. Setelah penubuhan Sekretariat 1 Malaysia oleh pihak UUM pada tahun 2011, Adhoc Anak Sabah digantikan dengan Sekretariat 1 Malaysia Chapter Sabah.
Pelbagai bentuk aktiviti telah dijalankan oleh kelab ini seperti Hari Keluarga, makan malam tahunan, bakti siswa dan sebagainya. Kelab ini turut berperanan untuk memastikan kebajikan bagi setiap ahlinya sentiasa terjaga. Kelab ini merupakan antara organisasi yang paling aktif di UUM dengan pelaksanaan pelbagai bentuk aktiviti yang menjadi wadah untuk menyatukan setiap Chapter Sabah di UUM. Selaras dengan hasrat universiti, kelab ini melatih setiap pelajar yang merupakan ahlinya agar seimbang dari segi kecemerlangan akademik mahupun kokurikulum.